Monday, February 16, 2009

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau 2008

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau Tahun 2008, yang berlangsung di ILP, Pedas berjalan dengan lancarnya. Majlis telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan DK, merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau. Kehadiran YAB. Dato' Seri bagi merasmikan majlis tersebut amat kami banggakan, kerana walau sesibuk mana pun beliau tetap dapat hadir memberi sokongan, memberi semangat sekaligus merasmikan dan memberkati majlis kami. Dalam ucapan beliau ada menyatakan yang beliau amat berbangga kerana Pu3 UMNO Bahagian beliau dapat menjalankan persidangan di setiap cawangan tanpa sebarang masalah. Daripada itu, kedengaran semua jawatankuasa yang dipilih di peringkat Pu3 UMNO cawangan tidak ada sebarang pertandingan. Beliau mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pu3 Bahagian yang menang tanpa bertanding. Pesanan beliau kepada semua ahli jawatankuasa Pu3 Bahagian Rembau.

"Pimpinlah Pergerakan Puteri di UMNO Bahagian Rembau dengan telus dan bekerjasama, Pu3 kena kuat, tubuhlah dan tambahkan lagi Pergerakan Pu3 di Peringkat Cawangan. Pu3 adalah pelapis kepada UMNO untuk masa akan datang. Jadi Belajarlah berjuang dan belajarlah susah sedikit jangan asyik merungut. Genarasi selepas merdeka tidak mengerti apa itu susah dan tidak merasai itu semua. Tidak pernah merasa bagaimana memperjuangkan hak-hak orang melayu kita. Tidak merasa kepayahan dan pengorbanan generasai sebelum mereka memperjuangkan hak-hak orang melayu hingga generasi sekarang merasa nikmatnya. Maka, bagi jawatankuasa yang dilantik oleh akar umbi harus bersatu, bersetia dan berkhidmat untuk parti. Jangan gadai bangsa kita untuk kepentingan diri jadilah pemimpin yang sepakat dalam memperjuangkan bangsa kita 'Bangsa Melayu'.

Kata-kata beliau amat memberangsangkan. Beliau begitu bangga dengan jawatankuasa Pu3 yang baru. Semuanya muda-muda dan masih kuat lagi. Beliau mohon agar jawatankuasa dan semua ahli Pu3 bersatu padu bergandingan bahu memperjuangkan hak-hak orang melayu dan agama kita. Jangan leka dan jangan lalai dengan jawatan yang di pangku. Ada sebab kenapa kita dilantik oleh akar umbi, meraka mahukan perubahan jadi Pu3 UMNO Bahagian Rembau sekarang kena aktif. Ikut Pergerkaan Wanita UMNO Bahagian jika perlu bantuan, minta tunjuk ajar dari Wanita, ikut sama-sama dalam setiap aktiviti Wanita, Pu3 kena belajar dengan wanita-wanita yang lebih dulu berjuang dalam parti kita ini. Dan adakan banyak aktivit agar anak-anak muda sekarang minat untuk sama-sama berjuang demi hak-hak orang melayu kita dan agama kita. banyakkan lagi penambahan ahli-ahli Pu3 buat penerangan tentang Pu3 UMNO. kata beliau lagi... dengan nada yang penuh kesedihan.. beliau amat sedih dengan sesetangah pemimpin dan orang-orang melayu kita .. yang suka menghina bangsa sendiri, tidak fikirkah meraka yang melakukan penghinaan itu yang mana mereka sendiri berbangsa melayu. Menghina sesama sendiri dan kemudian di gelakkan oleh bangsa lain. Beliau amat kesal dengan sikap begitu. Sedih seketika menyelubungi majlis perasmian kami. Tetapi diakhir ucapan beliau, beliau mengucapkan bahawasanya UMNO tetap Kuat dengan Perpaduan daripada Wanita, Pemuda dan Puteri... bermula dari akar umbi. Jikalau tidak ada UMNO sekarang mungkin orang-orang melayu sekarang di pimpin oleh parti lain yang bukan orang melayu. jadi marilah kita sama-sama berjuang demi agama, bangsa dan negara kita. Beliau sudahi dengan bacaan Bismillahhirahmannirrahim seterusnya merasmikan Mesyuarat Perwakilan Perg. Puteri UMNO Bahagian Rembau 2008.



0 comments: