Monday, February 16, 2009

Aktiviti Puteri UMNO Malaysia

SEKETARIAT BENCANA ALAM

Sekretariat Bencana Banjir adalah bagi mengumpul segala jenis bentuk sumbangan terutamanya selimut, lampin pakai buang, keperluan harian, keperluan sekolah serta keperluan makanan asas. Sumbangan berupa wang juga amat dialu-alukan.

TABUNG PRIHATIN PUTERI

Tabung Prihatin Puteri ini adalah untuk membantu ahli-ahli Puteri yang menghidap Penyakit-penyakit kronik contohnya barah dan lain lagi khasnya dari segi menyalurkan bantuan kewangan yang diperolehi hasil kutipan dari kalangan ahli-ahli Puteri sendiri dan disalurkan kepada ahli-ahli Puteri yang memerlukan.

KHIDMAT ADUAN PUTERI UMNO MALAYSIA

KAPUM ditubuhkan untuk menjadi agensi UMNO yang bertindak untuk memberi pandangan dan cara penyelesaian terhadap segala aduan yang dikemukakan oleh orang ramai tanpa mengira agama, kaum dan idealogi politik melalui saluran kerajaan yang sediada.

SKUAD PENGGUNA BESTARI

Biro Pengguna PUM ingin menjadi penghubung kerajaan dan rakyat dengan lebih berkesan untuk menolong menangani isu kenaikan harga berleluasa, kekurangan gula dan banyak lagi isu-isu lain yang berkaitan pengguna yang sekarang ini hangat diperkatakan. Oleh yang demikian, menyedari musim perayaan bakal tiba dimulai dengan bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, Biro Pengguna Puteri UMNO Malaysia menubuhkan Skuad Pengguna Bestari yang terdiri daripada ahli-ahli Puteri di peringkat akar umbi bermula dengan cawangan-cawangan, bahagian-bahagian dan negeri-negeri.

TUNAS KERJAYA

Tunas Kerjaya merupakan satu program usahasama di antara Puteri UMNO Malaysia dan Akademi Graduan. Program ini memberi peluang kepada golongan remaja dan belia untuk mengikuti program latihan kerjaya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Malah, program ini juga menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang masih tidak dapat tawaran kerja daripada mana-mana pihak sama ada sektor swasta mahupun kerajaan.

JOM ! BACA









Copyright © by Portal Puteri UMNO All Right Reserved.

Published on: 2006-10-08 (11215 reads)

0 comments: