Saturday, February 14, 2009

Warga Emas Terharu ....


Pada 7hb. Feb. 2009, yang lalu Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau membuat tinjauan dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas. Kehadiran PU3 Rembau seramai 20 orang dengan menghulurkan bantuan keperluan harian dan wang tunai amat mengharukan perasaan penerima sumbangan iaitu Puan Hapsah Sarip 67 tahun yang menunggu selama 10 tahun untuk impiannya termakbul, untuk memilik sebuah rumah.

Impian beliau termakbul setelah mendapat perhatian daripada Jawatankuasa Kemajuan Kampung Sri Lalang Batu 5 dan permasalahan beliau diketengahkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau kepada YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.

Puan Hajjah Hapsah Bin Sarip, mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada YAB. Dato' Seri Utama Menteri Besar diatas segala bantuan yang diberikan. Selain itu, beliua juga mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan daripada Baitumal sebanyak RM100.

Kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Rembau, Puan Zuliana Binti Mohd Ridzuan setelah beliau mendapat maklumat dan malumbalas daripada JKKK Kampung Sri Lalang, beliau terus mengambil tindakan dengan memanjangkan masalah tersebut kepasa pihak berkenaan bagi mendapatkan bantuan.

"Kami Puteri menyahut seruan Dato' Seri Utama Menteri Besar yang ingin mengurangkan masalah kemiskinan dan kami dalam usaha kearah itu". Kata beliau kepada wartawan Sinar Harian ketika di temui di majlis doa selamat rumah warga emas berkenaan.

0 comments: